Pengguna
  • 7
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
  • Windows 10
Versi terbaru:
2.53.02010-06-02
Muat turun bulan lepas:
306,764
Saiz:
63.65 MB
Pembangun:

Urus, simpan, dan baca e-buku anda

Jika anda memiliki pembaca e-buku (buku elektronik), atau terasa ingin membaca e-buku pada desktop atau komputer buku, Calibre membantu menjadikannya terurus.

Calibre ialah pustaka e-buku. Ia ada antara muka yang besar, juga terang yang mudah diguna, dan fail-fail e-buku dari kebanyakan format boleh sahaja diseret ke tetingkap Calibre. Menyunting metadata (tajuk, genre dsb) hanya dengan ketikan butang pada palang terapung, dan taipkan perubahan. Anda juga boleh pilih beberapa buku dan menyuntingnya secara pukal juga, sebagai contoh jika anda ingin mengumpul semula beberapa buku mengikut genre tertentu.

Membaca juga hanya dengan satu klik pada butang, dan ia membuka satu tetingkap pembaca e-buku. Di sini anda boleh membesar atau mengecilkan saiz tulisan mengikut keselesaan, menambah tanda buku dan lain-lain. Anda juga boleh menetapkan agar Calibre memuat turun suapan dari tapak web berita, walaupun hasil susun aturnya sesekali agak pelik. Ada juga, tentunya, penyelarasan pembaca e-buku, supaya peranti anda sentiasa terkini.

Percuma, sumber terbuka dan mudah diguna, Calibre ialah perkakas dan pembaca pustaka e-buku yang hebat.

Bagus
  • Tukar, import, dan baca e-buku anda dengan mudah
  • Antara muka yang jelas
Tidak bagus
  • Sokongan RSS tidak unggul

Muat turun: Paling Banyak Windows